Trip Kasih Sayang Ke Bangkok Thailand


 

Assalamualaikum 

Disini aku nak share about our short vacation yang lepas..This is not my 1st hobby but aku suka cuba benda baru di tempat-tempat baru.aku kongsi benda-benda baru nie dengan MR AA(My Lovely Husband)Tak banyak sangatlah tempat yang aku dan Mr AA dah kunjungi.

Antara tempat yang kami dah pi lah

Medan Indonesia
Jakarta Indonesia
Bandung Indonesia
Hatyai Thailand
Phuket Thailand
Bangkok Thailand

Kali ni aku akan kongsi pengalaman aku dan MR AA masa kitaorg jelajah ke BANGKOK Thailand.Kenapa Bangkok ye???Bagi aku untuk pertama kalinya aku ke luar negara menggunakan KERETA API..Menarikkan..Boleh je pergi Bangkok naik kapal terbang tapi pengalaman tu lainlah rasanya..ok jom aku ceritakan satu persatu dari mula perjalanan kami dari Pulau Pinang sampai ke Bangkok dan dari Bangkok balik semula ke Pulau Pinang..

BANGKOK THAILAND


Ok..aku dan Mr AA dah plan agak lama gaklah sebelum kami laksanakan misi kami ke Bangkok ni,dan alhamdullilah akhirnya impian kami terlaksana juga. Kami mulakan perjalanan kami dari rumah dengan grab ke jeti dan dengan menaiki feri dari pulau ke tanah besar di butterworth. Pagi tu cuaca agak mendung dan hujan agak lebat juga.

Namun misi kami tetap di teruskan jua. Dari butterworth kami menaiki kereta api (komuter) ke Padang Besar. Kami sampai Padang Besar pukul 3 petang. Kereta api kami ke Bangkok jam 6 petang,so kami taklah tergesa untuk cop pasport di imigresyen.

Pukul 6 petang keretapi yang akan bawa kami ke Bangkok pun sampai.Kalau korang ada cita-cita nak buat mcm kami nie selepas pintu sempadan di buka nanti satu tips aku nak share ngan korang adalah sila beli makan malam dan makanan ringan lebih sepanjang berada dalam train,Ini kerana train ni xde kantin yang macam dal ETS tu...Tapi di setiap stesyen yang berhenti pasti akan ada org siam naik jual barang makanan depa tapi tulah halal ke tidak tu yang jadi masalahnya..so untuk selamat bawalah makan lebih..



Dalam beg hitam tu lah stok makanan kitaorg



 Ha..nie lah train yang kitaorg akan naik ke Bangkok..nie suku gerabak je yang ada,nnt sampai Hatyai dia sambung lagi..Panjang wei..

Nie keadaan dalam train sebelum dia bertukarrrr





Perjalanan kami ke sana mengambil masa dalam 16 jam. Tapi semua tu tak lah terasa sangat sebabnya pukul 10 malam aku dah tidur. Kertapi yang kami naik ni,pada waktu siang tempat duduknya kerusi dan pada pukul 8 malam pertugas keretapi ini akan ubah kerusi tersebut menjadi katil 2 tingkat dan pada keesokan paginya mereka akan ubah kembali katil ke kerusi kembali.. koc yang aku naik nie kelas 2..waktu malam selepas pukul 11 malam pintu permisah antara kelas 2 dan kelas 3 akan di kunci..jadinya tak risau lah org masuk ceroboh..

 

Nielah proses kerusi menjadi katil..Dalam koc ni akan ada dua org pekerja yang pakai uniform macam pilot nie..Apa2 masalah yang korang hadapi korang bleh cari diaorg..Diaorg nie duduk dalam tu je tak kemana pon aku tgk..

Koc yang aku duduk ni ada tandas dan bilik mandi tapi aku rasa tak leh kot nak mandi dengan keadaan ketapi dok jalan tue..oh ya korang jangan bayangkan toilet dia macam toilet ETS pula..mmg jauh beribu batu bezanya..nie train lama bukannya train baru..so tandas jenis lama lah..tapi masih selesa la utk termenung dalam tu seketika cuma kan,tingkap dalam tandas tue terbuka..

Dengan aku yang penakut ni aku ambil keputusan pi tandas time train bergerak laju..org pon tak leh skodeng,hantu pon xdan nak terbang kot tepi tingkap ngusik..(nampak tak bertapa tinggi imaginasi aku...).Untuk tempat cas telefon ada dua 4 je point kat dalam gerabak tu..so sila bawa extension plug..boleh lah guna share dengan yang lain.Kitaorg cas power bank je..hp xberani tinggal takut hilang la...

Esoknya pagi-pagi lagi aku degan Mr AA aku berjalan ke gerabak-gerabak(koc) yang lain..Nak tgk l;ah apa lagi yang ada selepas tambah Koc kat hatyai petang semalam kan..Ada satu kantin kecik kat koc kelas 3..tapi jual air panas dengan 3in1 je..mahal gak lah air panas pon..so tak jadilah aku nak membelinya.

 

Nie lah kantinya


Nie jagung pulut..sedap sgt mmg rasa mcm pulut isi dia


Nielah keadaan kat kelas 3 tue..aku rasa takde dah suasana macam ni kat malaysia..dulu ye lah masa aku kecik2 ayah aku bawa kami sekeluarga naik keretapi balik kampung.So aku merasalah naik keratpi dari kerusi hijau takde aircond sampai lah senandung langkawi tempat tidur mcm train aku naik pi Bangkok nie dan sekarang ETS lah..semua aku merasa naik..Yelah dah ayah aku keje KTMB confirm lah aku ngan adik2 dri kecik naik keratapi je kalau balik kampung atau ke kuala lumpur..

Oklah lepas nie aku share pula saat sampai ke BANGKOK dan tempat2 yang aku pergi..Sebenarnya banyak gak tempat menarik yang tak sempat pergi lagi..Next time mungkin..So doa2 lah kita moga COVID-19 ni hilang dari muka bumi allah swt..amin...

Daaaaaaaa

0 comments:

Post a Comment