Maeklong Railway Market


Assalamualaikum..dan selamat pagi...

Masa aku tulis ni aku keje malam jadi banyak masa yang terluang untuk aku menulis..Ok kali nie aku  ceritakan tempat yang terakhir aku dan suami aku pi sebelum balik ke Malaysia...Nama tempat tu ialah....

Maeklong Railway Market 

Pagi tue kami memang keluar awal dari hostel selapas sarapan pagi,ha best tak hostel kitaorg siap ada sarapan pagi tau..Tempat ni agak jauh dari Bangkok City. So nak kesini kami perlu menaiki van.Nak jadi cerita kami dah baca dah blog dan dah buat research sebelom pergi bangkok nie,tapi manusia kan pasti ada terlepas pandang..nak tau tak kami cari tempat untuk naik van ke maeklong ni,sekali tempat naik van tu dah berubah jd Mall dah.Bila check balik blog tu dah outdated dah..dah lama dia post..dalam 3tahun...gelak besar lah kami tgk blog tu..hahahaa..

Dah jadi mcm tu,kat sini lah yang aku kata sebelum ni nasib baik tak naik bas lompat-lompat tu.Kitaorg ada tanya polis thailand yang bertugas kat MRT tu cara untuk ke Maeklong ni,dia tak boleh cakap english pon dan kebetulan dekat dengan stesyen MRT tu ada stesyen bas lompat-lompat tue.Dia pon tunjuk suruh kitaorg naik bas kat situ..Aku berat hati wei,dah lah bukan semua org leh cakap english dan aku ngan suami pun bukan reti cakap thai..satgi tak pasai kena juai sekupang tak laku satgi..
 
Jadinya kami percaya kan google map untuk tunjuk jalan..kalau ikut kan stesyen van yang kami cari tu sepuluh minit je jalan kaki dah sampai..ok xpe kitaorg pon jalan lah ikut arah yang map bagi..jalan punya jalan tak gak jumpa stesyen ni..sekali lagi aku rasa google map ni pulak permainkan perasaan aku..penat dah ni jalan tempat yang di tuju tak nampak2 lagi nie..Akhirnya muncul lah sebuah tutt-tutt yang pada yang sama tengah cari pelanggan gak...
Apa lagi suamiku pun menggunakan kepakaran dia dalam tawar menawar harga tambang dapat lah 100bath je...Mungkin driver ni selalu bawa pelancong jadi dia boleh lah cakap english satu dua perkataan dan itu agak memudah kan komunikasi..




Punya lah laju dia bawa wei..dan yang aku amat lah terkejut jauh yang amat dari lokasi yang google map bagi kat kitaorg tadi..kalau jalan kaki mau dekat 2 jam apa baru sampai stesyen van tu,,hahaha..lawak btui lah mau igt2 balik..
Tengok video kat bawah ni masa naik tutt-tutt tue..laju oooo






Nielah stesyen van tu...(gambar aku ambil kat google je tau sbb aku lupa nk snap gambar haritu)
Van yang kami naik tu mcm van yang nk pi hatyai tu..van siam org kata..
Sampai kat sini korang boleh terus tanya kat kaunter nak bli tiket ke maeklong..
Nie tiketnya..apa yang tertulis pon aku tak faham,cuma aku faham jam je

Dah dalam van masa nie

Van ni jalan je bila dah penuh.Jangn risaulah sekejap je dah penuh..Perjalanan ke sana ambil masa dalam 1Jam 30 minit..so kalau rasa tak nak layan view sepanjang perjalanan aku saran kan korang tidur je..satgi nak jalan lagi kan..

Akhirnya sampai juga kami kat Maeklong nie..turun dari van tu tak jauh pon untuk korang jalan kaki menuju ke stesyen tu..Jangan risau gak takkan sesat pon sebab ramai je org atau pelancong yang akan menuju kat situ so korang ikut je belakang diaorg sampai lah.
Nak jadi cerita elok kami sampai je keretapi baru sampai dalam stesyen.Tak dapat lah nk tengok macam mana peniaga - peniaga di sekitar landasan tu ubah barang-barang jualan diorg dan macam mana keretapi tu masuk kat stesyen..Aku mai jauh semata-mata nak tengok semua tu.Tengok kat youtube tak feel lah..kena tengok depan mata real punya.Maka aku dengan hubby pun buat keputusan tunggu untuk next train.Lama gak lah dala 2 jam lebih.Time tu dah tengah hari maka perut pon lapaq lah..kami pon jalan lah sekitar kawasan tu cari kot-kot ada kedai muslim boleh lah pekena tomyam ngan nasi putih pon jadilah...tapi malangnya takde pon kedai muslim..semua nya siam je..memang ada jual nasi tapi...tak gamak lah aku nk makan kan.Akhirnya apa lagi 7eleven lah penyudahnya..Situ je ada makan halal..Burger udang kegemaran aku la..pekena sorang sebiji.Habis tu kami pi bli buah mata kucing kat tepi rail ketapi tu sekilo hadap benda tu jelah sampai ketapi tu sampai..














Haaa...masa yang ditunggu telah tiba..akhirnya keretapi tu pun sampai..semua peniaga kat situ sibuk alih kan brg2 diorg lah..yelah diaorg meniaga kat atas landasan tu kan..




 
 
 
 Nielah sedikit cerita aku kat sini..Lepas ketapi tu mai kami pon berjalan balik kat tempat turun van tadi dan beli tiket balik.Cuma masa balik kami tak turun dah kat stesyen masa pi tadi,kami turun kat Chatuchak sebab kat situ ada MRT senang lah untuk ke destinasi seterusnya..masa sampai situ dan pukul 5petang dah..Naik MRT ke lokasi seterusnya..Ok nnt aku cter lagi..Daaaaa

Chatuchak Weekend Market


 

Assalamualaikum... 

Lama sungguh nak update cter tentang trip kasih sayang aku ke Bangkok nie..sebelom ni aku dah tulis pengalaman aku naik train dari padang besar sampai lah ke Bangkok.Macam aku dah citer kat situ..Kalau korang baru baca blog aku ni dan nak cari cerita tentang train tu..cari je kat archive tu ada tulis trip kasih sayang ke Bangkok..

Okey kat sini aku nak cter lah kat korang kot satu hari nnt korang akan ke sana kan..Ini tempat pertama yang aku dengan hubby aku pi masa sampai ke bangkok..Kita org sampai pastu terus check in kat hostel,rehat kejap kat bilik bagi hilang mabuk keretapi tu kemudian kita org keluar.Yelah datang nak berjalan kan bukan datang nk tido kat bilik.Kami lebih banyak gunakan public transport LRT,MRT,Tutttt-Tuttt,Van,dan Grab.Bas je hampir nak naik tapi tak jadi..Tapi kan kalau pikir-pikir balik kalau lah naik bas lompat-lompat tu hari tu..mampusss sesat ntah mana2 atau kena jual je hahahah..menakutkan gak pikir balik.Apa taknya,org thailand ni ada gak tau yang tak tahu langsung cakap english.Kalau korang nak tau dia akan buat tak tau je kat korang walaupun korang dah cakap dengan dia face to face tanpa halangan langsung.Dia buat pekak je tau.Tapi ada gak bagusnya diaorg walaupun korang tanya dalam bahasa inggeris tapi dia blas dalam bahasa thailand dan korang boleh paham apa yang dia nak sampaikan..Yang nie aku kena masa nak naik MRT diaorg..

Kat sana pon macam kat malaysia ada dua LRT..Satu BTS(Bangkok Skytrain) satu lagi MRT (Bangkok Subway) ..Ada tempat yang korang nak pi korang kena tukar dari BTS ke MRT..alah lebih kurang macam korang naik LRT Putra pastu tukar naik LRT Star.

Untuk ke Chatuchak Market nie kena tukar dua train.Lama gak lah aku ngan hubby menung kat depan papan tanda stesyen -stesyen kat situ.Masa ni lah aku jumpa polis bantuan diaorg yang tak leh pon cakp english tapi bagusnya dia siap lukis lagi arah yang aku tanya.





Nak cerita stesyen mana nak naik dan tukar train tu sori lah ye aku dah tak igt lah..cter dah 3tahun aku lupa dah nama stesyennya..maaf ye..

Tapi korang jangan susah hati lah..semua tu leh cari kat google je..semua maklumat boleh dapat dan tepat.Korang jangan risau sampai sana korang takkan sesat lah..hihiihi.






Ngantuk katanya..hihihihihi






Ni suasana  dalam BTS 

Chactuchak Market ni besar kawasannya..macam -macam benda ada jual kat sana wei..bawa duit je..banyak2 hihihi mmg rambang mata lah..makanan pon ada jual gak tapi korang kena lah cari gerai yang jual makanan halal.














 

Ini antara suasana kat sana yang ada dalam simpanan aku...

 Sakit gak kaki aku haritu sebab jalan banyak..hahaha..petang sebelum maghrib kami dah balik ke bilik dah.Penat gak untuk hari tu sebab jauh kan perjalanan.Balik rehat awal kumpul tenaga untuk esok.

Oh ya..aku nak share kat korang yang bertapa susahnya nak cari kedai makan halal kat area bangkok ni melainkan kalau kawasan tu dekat dengan masjid.Nak jadi cerita aku pi tanya kat budak yang keje 7eleven dekat ngan hostel kita org duduk tu,dia pon tak tau kat mana yang ada.Tapi alhamdulillah ada lah seorang akak ni,org islam dia lah yang bg tau kami ada satu kedai halal muslim kat kawasan tu.So aku ngan hubby aku pon pi lah cari kedai yang diakatakan  berdasarkan maklumat tu.Maka kedai tu lah tempat kami bli makan sepanjang berada di sana.             

Oklah ckup citer aku takat ni,korang kena pi sana rasai sendiri chactuchak market nie..mmg best..Yang lagi best untuk aku adalah aku pengemar buah mata kucing..kat sana buah tu banyak dan murah serta kualiti buah mata kucing tu gred AAA..takpernah lah aku jumpa kat Malaysia..

Oh ya kalau korang tengok ada gambar aku yang aku letak CORETAN TENTANG KITA dekat gambar tu adalah kerana gambar tu semua aku guna untuk buat assingment aku masa part 6 aritu..

Daaaa...jumpa lagi cter seterusnya  nanti....





Dah sampai Bangkok Thailand


Assalamualaikum....


Lama benor ye aku tangguh citer aku..maaf...banyak kerja nak kena settel dalam minggu nie..Oh ya masa aku menulis ni PKP 2.0 sambung lagi sampi 4/2/2021..maka dengan ini segala plan aku dengan husband dan anak teruna aku sorang tu nak ke JOHOR,MELAKA,NEGERI SEMBILAN dan KUALA LUMPUR terpaksa di tangguhkan lah...cuti pon kena lah batal gak..

Oklah jom kita throw back kisah aku dan husband ke BANGKOK..


Kami sampai Bangkok dalam pukul 1030 pagi waktu Malaysia. Maka bermulah pengembaraan singkat kami di Bangkok,Thailand.Sejujurnya tak semua tempat di Bangkok sempat untuk kami pergi.Yelah nama pun percutian yang singkatkan maka hanya beberapa tempat yang sempat.

Stesyen keratapi dia ditengah2 bandar Bangkok.Aku agak terpegun gak tgk landasan keretapi di dalan stesyen.Keretapi tu berhenti betul2 dekat dengan pintu masuk stesyen.So korang bayangkan kepala keretapi betul2 dalam stesyen dan korang boleh bergambar dengan kepala keratapi tu.Stesyen ni mcam stesyen terakhirlah.



Nie masa mula sampai turun je dari koc



Kepala keretapi yang bawa kami tue










 
Masa turun nie lah yang aku cerita kata train ni panjang giler..Jauh wei jalan nak sampai ke dalam stesyen..

 

Memandangkan kami cari hostel dekat dengan stesyen keretapi,so kitaorg just lintas jalan je untuk ke hostel yang terletak di seberang jalan.Oh ya aku guna google map gak untuk cari hostel tue..Sama macam cerita aku sebelum nie yang kami drive sendiri ke PHUKET..Kitaorg mmg beli siap2 simkad masa kat Stesyen Padang Besar.Simkad thailand..Amik pakej unlimited data selama seminggu..



contoh simkad ambil kat google

Walaupun kami banyak bergerak dengan Kaki Sendiri dan Public Transport kena ada data lah kan untuk
💗 Google Map.
💗Grab
💗Cari maklumat lain
💗Update Fb dan Instagram
💗Layan movie masa atas train..unlimited data kan... 

Sebelum sampai ke hostel sempat gak lah aku nie suruh husband aku tu ambil gambar aku possing kat tepi-tepi jalan tue..hihiih sebenarnya kita org tggu org jual jagung bakaq tengah bakaq jagung..hihihi
 







 Ha nie lah Hostel kita org booking siap2 masa kat Malaysia lagi..senang bleh bayar pakai duit kita kan..Booking kat Agoda je..baca review dia okey so kami pon memilih ini..





Namapon hostel kan,so bilik dia kena lah dengan harganya..agak selesa dan bersih cumanya toilet kat luar..Salah aku gak terlepas pandang yang tu..Dalam tandas dia siap ada ekon wei..mmg kalau mandi kena pakai ayaq hangat lah..mengigil la mau pakai ayaq sejuk gak..
 
16 Jam perjalanan dok atas keretapi tue membuatkan aku mabuk keretapi..pelik kan bunyi,selalu org naik bot je yang mabuk laut ni aku mabuk keretapi..Aku berdiri tegak dan  rasa mcm atas keretapi bergoyang-goyang tu walaupun aku ada dalam bangunan..Tapi alhamdulillah sejam lepas tu ok dah..
Walaupun ni hanya sebuah hostel tapikan,kat sini ada kolam mandi yang luas dan air dalam kolam tu air suam..memang best berkubang dalam tu..nak jadi cerita aku ngan suami aku je berkubang dalam tu tanpa org lain..mmg terbaik lah hahahaha..kita org berendam dalam nie masa balik dari Chatuchak market.
 


Oklah..lepas ni aku cerita satu persatu tempat yang kami pi....
Daaaa...