Tak Balik Raya Lagi...2021

Assalamualaikum Semua...

Apa kabar semua??Macam mana puasa korang tahun nie..??Semua berjalan lancar ke??harap2 macam tu lah hendaknya ye..Tajuk entry aku kali agak hm..sedih lah..Aku dah lama tak update blog..bz sekarang..masa aku update nie negara kita tengah lock down..
 

TAHUN NI TAK BALIK RAYA LAGI.....

Tahun kedua dah nie tak blik kampung sambut raya..sedihnya..dah dua tahun juga aku tak blik ziarah kubur mak..sedihhnya..apalah jadi agaknya kawasan kubur mak..kawasan kubur mak tu air selalu bertakung kalau hujan,jd aku dan suami dgn adik2 aku selalu akan balik tambah batu-batu kecil untuk elak tanah mendap..ni dah dua tahun tak balik tak tau lah apa jadi kat sana..
Nak minta tolong sape2 pi tgk pon takde sape yang kenal kat area tanah perkuburan mak aku tu..

Tahun nie gak tak dapat nak sambut raya dengan adik-adik aku..depa semua kat Perak..aku sorang je kat Penang nie..sedih lagi...

Bila la agaknya semua ni akan berakhir kan..sama-samalah kita berdoa semoga covid 19 ni hilang dari muka bumi ni dan kita boleh kembali kehidupan sebelum nie..banyak nikmat yang allah dah tarik dari kite sejak dia turunkan covid 19 kepada kita..sama ada kita sedar atau tak je..

Tahun nie aku pon kena keje..jadinya oklah kan dah tak leh nak balik raya..Harap2 tahun depan ada lah rezeki semua utuk beraya di kampung seperti sebelum nie..insya allah..sama2 lah kita berdoa ye..






Geng keje di hari raya..

video call je ngan ayah kat perlis dan adik2 kat taiping


Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan Al-Mubarak 



Apa khabor korang hari ni..hari ni hari pertama puasa untuk tahun nie..Moga kita semua di kurniakan kesihatan yang baik utk menjalani ibadah puasa..aminnn..

Harini aku kena keje double shift Pagi &Petang..jadinya harini aku berbuka di tempat keje lah jawabnya..Biasalah nama pun keje kan..nak tak nak kena ikut gakkan..

Tahun-tahun sebelum covid19 datang kat belah belakang hospital ni ada je bazar ramadhan..mmg meriah lah..salah satu bazar yg meriah sekitar georgetown.Tapi tahun lepas kan PKP masa time puasa dan takde bazar ramadhan di seluruh malaysia,maka kurang lah sikit kemeriah di bulan ramadhan tu..

Tahun ni alhamdullilah kerajaan malaysia membenarkan operasi bazar ramadhan dengan syarat mengikut semua SOP yang di tetapkan..Jadinya mungkin petang satgi ramai yang akan mula berniaga kat belakang hospital ni seperti tahun-tahun terdahulu..Bukan apa ini memudahkan la staff-staff hospital pi beli makanan..tak ambil masa yang lama lah nk keluar kalau dekat je kan..

Setiap kali puasa aku akan amalkan minum susu campur dengan kurma masa sahur..aku ni ada gastrik jadi untuk elak gastrik tu menyerang aku amalkan susu dan kurma nie..alhamdulillah setakat aku dok amalkan tu takdelah kena serangan gastrik..Suami dan anak teruna sorang tu pon aku suruh minum susu campur kurma tu.
Puasa kali nie aku blender siap2 kurma masuk dlam bekas simpan dalam peti sjuk..so pagi2 ceduk je boh dalam cawan campur susu segar..senang..takpayah pagi2 nk blender lagi..Cuba lah korang amal kan..bagus nie..

Oklah takat nie dululah coretan aku kali nie..nnt kalau ada masa lagi aku tulis lagi..daaaa
 
 
"Aku menulis bukan kerana nama"

 
 
 

Aku,Vaksin Dan Kesan Sampingannya..

Assalamualaikum Semua...

 

Vaksin Oh Vaksin...

 

Hah tajuk pon besaq gedabak dah aku boh..hihihi..Apa kabar korang yang tengah gigih baca blog aku yang tak popular nie..yalah aku tulis blog bukan untuk popular pon..lagi pon aku rasa tak ramai dah kot zaman la org yang suka tulis blog nie..aku je yang suka tulis blog nie lagi..aku menulis pon untuk kongsi apa yg aku tau atau aku punya pengalaman yang mungkin berguna pada yang sudi membacanyalah...ok kita teruskan kepada tajuk asal aku iaitu Aku,Vaksin Dan Kesan Sampingannya.

Aku dah pun menerima kedua-dua suntikan vaksin yang disaran kan oleh KKM..allhamdulilah rezeki aku dapat yang fasa pertama sebab aku pon tergolong dalam barisan hadapan..yelah dalam skop keje aku mmg semestinya berurusan dengan org ramai sebab aku bekerja di kaunter pertanyaan.

Aku share kat korang lah yang belum cucuk lagi lah..pertama sekali korang kena lah register kat korang punya MY SEJAHTERA..itulah yang paling penting kan masa sekarang..Kalau korang xde lagi MY SEJAHTERA tu please lah..download dan register..tu dah macam IC kita dah..penting dah zaman sekarang..

Kalau dah baca blog aku ni confirmlah kan korang pasti ada hp yang ada internet..jd silalah ikut arahan kerajaan malaysia untuk guna my sejahtera tue..Nama pon dok malaysia,rakyat malaysia ikut jelah arahan kerajaan malaysia..benda baik lgi pun kan takde masalah rasanya kalau ikut kan...

Ok balik pada cerita aku,masa pertama kali cucuk aku takda kesan sampingan yang teruk kat aku cuma sakit tempt yang di cucuk je..tu pun 2 hari je lepas tu hilang begitu sahaja..Proses untuk dapat kan vaksin tu tak la lama mana pon masa turn aku pi..kami cucuk vaksin kat hospital..yelah dah staff hospital kan..mmg cucuk kat sini lah..

💓DOSE PERTAMA💓

Hari nak cucuk tu aku pon pi ikut tarikh yang di beri melalui MY SEJAHTERA..


Pergi kat tempat yang sepatutnya tu mula2 akan register dan isi borang.Dalam borang tu hanya kena isi maklumat yang mudah di fahami je..Pastikan korang pi nnt bawa pen ye..tak kisah warna hitam atau biru..IC pon bawa gak tau..

Masuk lagi satu bilik kat situ kena buka My sejahtera untuk scan tanda kehadiran korang..hah ni aku nak pesan dan tolong lah igt ye...SILA CAS HP TU BAGI BATERI PENUH..Ada gak yang mai bateri hp tinggal 10% je..weii...benda ni semua melambatkan proses tau..bukan sorang dua yang beratur nak cucuk..ramai..jd korang jgnlah jadi salah sorang yang akan melambatkan proses ye..ingat tu..

Ok..lepas dah register,masuk kat bilik suntikan..percayalah proses nak cucuk tu ambil masa kurang dari 5minit sahaja..aku pon macm tak percaya gak mula2..sangat cepat..hihihihi jarum yang cucuk ubt tu sangat lah kecik..kecik..jarum yang ambil darah kat klinik tu lagi besar dari yang nie..Masa cucuk ni aku tak rasa langsung jarum masuk,ubat masuk dan jarum keluar..

Lepas cucuk sekali lagi korang kena Scan bar code guna my sejahtera korang..Oh ya bukan sahaja bateri penting,DATA INTERNET pon penting ya..ingt tu..semua tu kena ada..takde tu mmg melambat kan proses lah..

Selepas di cucuk vaksin aku di rehatkan di satu bilik asing untuk tengok ada tak kesan sampingan awal..selesai dalam 20 minit gak di rehatkan kemudian korang akan dapat satu kad yang ada tulis maklumat korang dah ambil vaksin dose pertama.Sebelum balik MA kat dalam bilik tu akan ambil bacaan tekanan darah selepas cucuk..haaa kat sini tekanan darah aku agak tinggi..tapi aku takde lah rasa pening atau sakit kepala..MA tue kata kat aku itu normal sebab kesan dari vaksin yang masuk dalam badan...

Cuma kesan selepas tu aku mengantuk..balik mmg tido tak sedaq apa lah..kesan ni juga terjadi kat kawan2 aku yg cucuk sama ngan aku...


 


💕DOSE KEDUA💕

Masa dose kedua nie..haaaahhh...ada kesan sampingan dia...Untuk cucuk dose kedua nie pihak hospital lebih kan pemeriksaan tekanan darah.Mula register dah ambil sekali tekanan darah..lepas tu lalui step mcm dose pertama juga cuma selepas cucuk sekali lagi tekanan darah di ambil dan sebelum keluar dari bilik menunggu  selepas cucuk tu di ambil lagi tekanan darah.Kalau tekanan darah tinggi memang kena duduk dulu situ sampai tekanan darah turun atau stabil la..

Boleh tahan ramai masa dose kedua ni

Masa nie register dan ambil tekanan darah pertama


Tunggu untuk daftar kat My Sejahtera

Tunggu nama di panggil untuk di cucuk


Selesai...


 Untuk dose kedua nie ramai gak yang aku tgk ada kesan sampingannya tapi takde lah lagi yang teruk kesannya dikalangan kawan2 aku..antara kesan sampingan yang kami dapat

💗Sakit kepala

💗 Demam 

💗Kesejukan satu badan

💗Sakit yang kuat dikawasan cucuk..untuk hari pertama dan kedua

💗Keletihan sistem badan hari pertama dan kedua

💗Berat badan naik sebab lapaq memanjang..hahaha ini aku dengan kwn2 aku ada rasa..

org lain aku tak pasti la..hahaha

Selepas hari ketiga alhamdulillah semua kesan ni hilang tapi kesan sampingan lapaq memanjang tu je tak hilang lagi..hihihi..

Jadi korang jangan lah takut untuk ambil vaksin nie..insya allah selamat semuanya..tentang mana berita kematian selepas cucuk vaksin tu aku rasa bukan vaksin penyebabnya..dah sampai masa dia pergi..kalau tak cucuk vaksin pun tetap pergi juga kan..semua tu dah tertulis..percaya pada aturan yang allah dah susun untuk kita..

Aku rasa itu jelah yang aku nk cter tentang pengalaman aku dan vaksin nie..semoga kita semua di lindunginya..amin..

 Oh ya sebelom aku habiskan cter aku ni,aku aritu kena buat swab test weii..sebab aku batuk dan selesema yang teruk..merasa gak la macam mana kena swab tu..azab tang amik dlm hidung tue..fuh..rasa mcm nak bersin tapi xboleh tu..

Allhamdulillah negatif

 Ok takat nie je lah kisah aku dan vaksin nie..satu aku nk pesan kat korang..make sure tdo awal tau mlm sebelum pi amik vaksin..rehat secukupnya,jangan takut sangat tau..hihihi..

Daaaa...

RINDU YANG TAK PERNAH HILANG...


 RINDU YANG TAK PERNAH HILANG...

Cinta yang kau beriku penuh rasa
Lelah rindu juga bahagia
Lebur hatiku dengan kata-kata
Dunia hancur punah retak sejuta
Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku 'ku dalam kegelapan
 
Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila di sampingmu
Simpan segalanya
 
Teguh agar jiwa tiada rasa
Akulah rindu yang kau bawa pergi
Tenggelam bersama senja hari
Dan malamku penuh dengan emosi
Kupendamkan walau parah 'ku sembunyi
Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku 'ku dalam kegelapan
 
Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila di sampingmu
Simpan segalanya
Biar… 







Rindunya kat arwah mak..banyak memori yang tercipta tapi masa aku sekolah hp nie pon xmampu lagi lah nak pakai..mahal gler kot masa tue..jadi bnyk gambar yang dpt di simpan dan di abadikan.. 

Pejam celik pejam celik dah hampir 7tahun mak pergi bertemu penciptanya..dah 7 tahun gak sambut puasa dan raya tanpa mak..rindu mak..rindu segalanya tentang mak..kenangan bersama mak sentiasa segar di ingatan..
RINDU yang Allah saja yang tahu..

Takkan ada siapa pon yang boleh ganti tempat mak..takkan sama..







Moga arwah mak tenang di sana..kami anak-anak mak sentiasa merindui mak..Mak sentiasa ada dalam setiap doa2 anak2 mak..al-fatihah untuk mak.



Diploma Pengurusan Maklumat

 Assalamualaikum...


 

Hai korang..apa kabar korang ye..harapnya sape yang sudi baca blog aku nie sentiasa sihat dan gembira serta murah rezeki selalu..Lama aku tak update blog kan..ada gak cerita yang aku tulis belum lagi aku cerita sampai habis..hihihi maaf lah..tak de mood lagi nak sambung..nnt sampai masa aku smbung cerita2 aku tu...
 
Ok hari nie aku nk cter kat korang yang aku dah berjaya habiskan DIPLOMA aku..yeaaa alhamdulilah..Lambatkan aku ambil diploma..takpelah dah keje dlu baru aku sambung study..
 Terima kasih sangat2 kat encik suami lah yang selalu support aku dari banyak segi lah dari segi masa,duit dan macam2 lah..sanggup tunggu aku kat stesyen bas sampai pukul 4 pagi nak ambil aku balik dari KL..
 
Oh ya aku sambung diploma ni dekat UITM Shah Alam tapi fakulti dekat Uitm Puncak Peradana..So kelas aku biasanya sebulan sekali je..sebab aku ambil Epjj..sistem pembelajarah jarak jauh..
Biasa bersemuka ni sekali je sebulan atau 2kali sebulan..kelas start pukul 8.30pagi sampai 6petang...
Tempoh pengajian aku 4tahun dari 2016-2020..
 
Jadi alhamdulillah aku dapat harungi semua nie dengan mudah..yelah tenaga dan mental pon kena kuat tau bukan mudah terutama sekali korang yang tinggal luar dari kl atau selangor...Aku biasa kelas hari ahad so sabtu malam aku akan naik bas dari Penang turun Shah Alam..Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang berulang alik ke kelas sepanjang 4 tahun ni..
 
Nak jadikan cerita dalam kelas aku ada 2 org jelah yang dari penang,aku ngan member aku..tapi tulah dia lelaki dan dia pon dok seberang jaya..mmg kami tak pernah naik bas sekali lah..aku naik kat pulau dia naik kat tanah besar..mmg takkan jumpalah..kami jumpa dekat stesyen bas Shah Alam jelah
 
Dari stesyen bas Shah Alam yang sementara dekat stadium Shah Alam tu sampai lah Stesyen bas yang baru tue aku berulang alik..Dari stesyen bas kami kena naik Grab pulak untuk ke Uitm puncak perdana..begitu lah setiap kali aku pi ke kelas..tapi masa balik aku selalu naik bas dekat KL Sentral atau TBS...
Kat Shah Alam tu bas tak banyak untuk ke Penang..jadi lambat lah untuk aku nak sampai Penangkan...
Ets pon aku selalu naik gak tapi kesian kat encik suami pula nk kena ambil aku kat Butterworth..sbb tu aku banyak naik bas dari ETS...
 
Final exam biasanya aku berulang gak..tpi tengok paper gak.kalau yang killer paper tu mmg aku sanggup keluar duit stay hotel murah2 kt uitm shah alam tu untuk study..bahaya tu mau naik bas malam esok masuk dewan terus...noooonoooo..Biasa final exam dekat main kampus..dalam dewan besaq tu..
Arghh aku rindu suasana final exam..semua tu jadi kenangan...
 
Last semester aku kat uitm kita di landa Covid 19..aku dah beli tiket bas dah nak pi kelas..sekali Uitm keluar arahan semua belajar Online..Maka last semester aku xdapat lah pi uitm puncak perdana tu...
 

Konvokesyen??

Kesian kt aku..aku punyalah berangan nak naik pentas nak konvo tapi takde rezeki aku..TAKDE MAJLIS KONVOKESYEN...takpelah aku rasa ada hikmah nie..mungkin allah nak bg aku rezeki untuk sambung IJAZAH..Amin..moga ada rezeki aku disitu...

SENANG KE BELAJAR CARA EPJJ??

Terus terang aku cakap sangat senang...janji korang berkemahuan untuk belajar..masa mula2 masuk kelas semester satu korang akan nampak ramai je student kelas korang.Korang akan rasa wah best nie ramai member..kelas aku asal ada 20org..dari minggu ke minggu dari bulan ke bulan makin berkurang ke 10 org dan makin ke akhir nya sem satu tinggal lah 8 orang..semester beralih semester dan lastnya tinggal 3 org sahaja..tapi dah nama pon kelas online pjj boleh lah hanya belajar atas talian sahaja...
Cuma akhir2 semester 6 kitaorg dah gabung kelas dengan geng-geng semester 5..tu pon baru ada 9 org je..sampai lah semester 8 kami bergabung..

Antara kwn2 sekelas aku..


 
Aku sorang je perempuan dan 2 lagi lelaki of coz lah kan..Belajar online nie senang je janji korang selalu masuk iclass..iclass ni satu platform yang uitm guna untuk student epjj..kat sini lecturer korang akan post maklumat2 dan nota2 yang akan korang baca dan print untuk kegunaan korang.Tak nak print pon tak pe sebenarnya..tapi aku ni lebih selesa print senang nak hadam hahahaha..

Dalam iclass gak korang akan bincang dengan lecturer apa yang korang tak faham.Iclass ni bukan online class tau tapi macm chat..cuma korang boleh balas bila korang free..Lecturer akan letak soalan2 dan korang kena jawab soalan2 tu..semua tu untuk carry mark korang setiap sem tau.

Pada pendapat aku kalau korang dah kerja kan aku lebih sarankan korang ambil epjj..sebab "MASA".Korang boleh lah bahagi masa untuk study ngan keje..ia tidak membebankan pon..mcam aku cakap awal2 tadilah..kalau korang betul2 ada minat dan kehendak mesti korang boleh lalui semua tu dengan tenang dan mudah insya allah.

Nie dalam kelas..


Advantage lain lagi keserasian korang dengan lecturer..agak senang untuk dia fahami kita lah sebb dia pon bekerja dan dia faham macam mana keadaan kita.Itu satu kelebihan study epjj ni berbanding full time.

Masa Berlalu

Masa berlalu cepat korang tau..korang akan rasa satu semester tu terlalu cepat..rasa macam baru je masuk semester tau2 dah nk final exam..hihihihi..percayalah cakap aku korang takkan rasa 4 tahun tu lama..sekejap je..
 
Oh lupa nak cter tentang YURAN..Yuran setiap semester korang sedia Rm1500 lah paling mahal..tapi kalau korang tak mampu boleh je apply PTPTN..Yuran mmg mahal dari student full time..Insya allah yakin lah allah akan permudahkan..percayalah...
 
gambar ni last aku uitm sebelum Covid19..Sampai sekarang dah tak pi dah..

 Aku rindu zaman study nie..ada pahit ada manisnya..Aku syukur sgt2 allah bg aku kekuatan untuk aku habiskan Diploma nie..Aku syukur allah hadirkan kawan2 yang selalu bantu aku..Terima kasih korang..Dan aku sgt bersyukur allah bg aku Suami Tercinta yang sentiasa sokong aku tak kira waktu..teman aku buat assigment,teman aku pi kelas..banyak kali gak..naik motor pernah dari penang ke shah alam..naik kereta banyak kali gak..sentiasa ada dengan aku..alhamdulillah..Untuk lecturer2 uitm TERIMA KASIH..ilmu yang dicurahkan..
Terima Kasih..
 

 

Keyboard cantik ku...

 Assalamualaikum..

Hai korang apa kabar??hari ni kan aku nak share dengan korang yang aku ada beli sesuatu yang amat berguna untuk  senang aku tulis blog.Sebelum nie memang aku update blog guna laptop tapi kadang malas nak bawa laptop tu so nak update guna phone je..tapi rasa tak puas menaip guna keyboard kat phone ni..

Jadinya aku pun masuk lah kat shopee cari bluthooth keyboard..senang nak guna..Bentuk pun kecik je,ringan dan senang nk bawa kemana saja ..jdi senang lah aku nak menaip..

Keybord nie pon pakai bateri cas je..guna kabel phone je..tu yang buat ia amat senang digunakan..



Cantikkan..murah je ni RM 24 je..berbaloi lah kan..yang nie aku cri seller dari malaysia je..maklumlah kan  jenis tak sabar nie..malas nk tunggu sampai 2 minggu kalau bli dri china..hihihhi..
 Daaaa.....

 

Sabar Itu Indah...

Assalamualaikum  

 Hai semua..apa kabar korang hari ni masa baca blog aku nie??harap-harap semua sihat lah hendaknya ye..Ok..harini aku nak kongsi  dengan korang tentang ujian allah yang allah bagi kat suami aku dan aku serta orang sekeliling aku..Aku tahu dan aku selalu ingtkan diri aku dan suami aku..allah swt turun kan ujian ni kat aku dan suami sebab  dia tau kami boleh tabah sabar ujian darinya..walaupun ujian allah bg ni aku rasa ada org lain lagi berat ujian yang allah bg untuk depa berbanding yang kami hadapi nie..

Untuk pertama sekali aku akan share gambar-gambar yang agak ngerilah lah juga ye..harap korang jgn lah trauma nk meneruskan bacaan korang sampai ke akhir penulisan aku kali ni..dan aku tulis ni bukan lah untuk menyalah kan mana -mana pihak tapi sekadar perkongsian pengalaman aku dan suami..

Segalanya bermula tahun 2020 dan semua ni hampir setahun dah kejadian nie..Bulan April 2020..Suami aku kena potong 3 jari di kaki kanan dia..Bermula dengan jari paling kecik sampai lah jari tengah..Ramai yang akan pikir sbb kencing maniskan..ya dia mmg ada kencing manis tapi tak teruk pon..punca sebenarnya ialah beberapa bulan sebelum tu dia ada terpijak sesuatu dan luka di bawak tapak kaki berhampiran jari kecik..

Tak pasti apa benda yang di pijaknya sbb masa tu kitaorg pergi mandi laut..asalnya tak darah teruk pun dan hanya luka kecil saja..dia igt luka biasa dan akan baik pada beberapa hari tapi sebaliknya..luka tak kering dari hari ke hari sampai satu tahap kuar nanah..luka tu sangat kecik dan  tak sangkalah sampai jdi mcm tu..

Kaki mula mebengkak..dan suami aku mula demam..Masa nie dah masuk PKP fasa 1..Aku  bawa dia mai hospital bahagian pesakit luar..bila doktor tengok kaki dah bengkak teruk dia refer pi klinik ortho..X-ray dan pakar kat klinik ortho tgk terus kata nanah dah berkumpul di belah atas kaki..
Terus admit wad dan kena operate segera..Doktor cakap kaki mungkin kena potong kalau nanah tu makin merebak..korang boleh bayang tak macam mana perasaan suami aku dengan aku masa tu..risau sgt2 dah masa tu..

Nampak muka menahan sakit tu

Nie keadaan kaki yang bengkak




Aku sentiasa ada dengan dia untuk sama-sama kuat hadapi ujian nie..masa nie aku semester akhir,kelas pon online je sbb PKP,jadi semua agak buat aku satu kejutan..Alhamdulillah aku pon keje kat hospital ni dan office aku pon dekat dengan wad yang suami aku admit..jadinya aku boleh lah lari-lari kejap utuk tengok dia tolong apa yang patut..

Kami admit wad tengah hari dan operation malam pukul 11malam..aku memang tak balik rumah dah masa tu..lepak kat office sementara tunggu operation selesai..Masa nie adik-adik aku ada kat rumah aku sebab diaorg terkandas takleh nak balik rumah sbb pkp..jadi diaorg yang banyak tolong aku masak,kemas rumah dan lain-lain lagi..tq ye acik dan adik..syg hampa...

Pukul 2pagi operation selesai dan aku pon naik kat wad untuk tengok keadaan encik suami..alhamdullilah semua berjalan lancar cuma aku tak dpt tengok lagi sbb kaki berbalut..aku tido kat wad malam tue dan malam2 seterusnya sampai suami aku boleh balik...

sebelum masuk OT kita snap gambar satu

Lepas operation


Selepas kaki nie di operate..semua pergerakan hanya guna kerusi roda dan memerlukan org untuk tolong naik turun katil,ke tandas,dan mandi..untuk bagun berdiri..takkan boleh untuk berdiri sendri sebab korang tgk gambar seterusnya dan seterusnya nnt..


Cuci luka



Nielah keadaan kaki encik suami untuk pembedahan yang pertama..Doktor ada cakap mungkin jari kecik tu akan hitam dan mati sbb banyak urat dah kena potong..Aku dan suami terima dengan hati yang terbuka..redha..Masa ni agak lama di wad..aku pon memang tido dekat wad atas kerusi malas je..aku balik rumah untuk mandi tukar baju sahaja..kehidupan aku masa tu bertukar 360..tapi aku seronok dapat jaga dia sampai lah keluar wad..aku memang tak nak kacau nurse-nurse kat wad sebab aku rasa depa pon tak cukup kaki dan tangan nak layan semua pesakit..aku rasa memang patut kena ada yang boleh jaga pesakit yang takleh bangun sendiri nie..

ok aku stop kat sini dulu..sok aku sambung lagi..suami aku masuk bilik operation 4 kali,termasuk minor opeartion..jadi panjang lagi ceritanya kan..

daaa...(mata dah ngantuk..)



Tukar Blog Baru

 Assalamualaikum..

Hai korang semua..hari ni aku nak bagi tau yang aku tukar blog baru..
 

intanshazwanii.blogspot.com

 

okey..daaa

ASIATIQUE RIVERFRONT

ASIATIQUE RIVERFRONT 

 

Assalamualaikum...


Hai korang...Oklah aku nk habiskan cerita aku tentang trip kasih sayang ke bangkok tu..okey ni last tempat yang aku dengan husband pi masa kat Bangkok..Kami pi tempat ni selepas balik dari Maeklong Market..turun dari van terus amik Lrt ke sini.
Tapi untuk sampai kesini ada dua cara satu naik bot panjang menyusuri sungai Maekong atau naik kereta lah terus ke sini.Mula sampai kat jeti nak naik bot tu aku dengan suami pusing2 gak lah nak cari kemana arah tuju.Nak tanya org semua macam kalut semacam je..Last sekali kami nampak ramai org beratur untuk naik bot panjang tu..Oklah kami pon ikut lah beratur..pastu pikir lagi kat mana nak beli tiket pulak..ha sudah..bila tengok-tengok balik mcm org lain pon tkdelah beli tiket..hantam jelah..sekali sampai naik atas bot takde sape pon yang bli tiket...maknanya free lah tue..
Aku ngan suami amik tempat paling depan..senang nak tengok depan..hihih sungai maekong ni besar giler..Aku pon jadi kagum semacam lah..
View dari atas bot pon agak cantik..nampak bangunan bangunan tinggi di bandar Bangkok..cantik sangat view dia..Dalam 30 minit gak nak sampai ke jeti Asiatique Riverfront tu..

.



Sampai kat Asiatique Riverfront tu kitaorg sempat lah layan sunset..Habis tue kami jalan -jalan sekitar kawasan tu sahaja..kat sana adalah yang macam Eye On Malaysia..igt tak apa itu eye on malaysia??alah  ferris wheel yang dulu ada kat taman tasik titiwangsa tu..dekat melaka pon pernah ada tapi sekarang aku dah lama tak pi melaka so tak taulah ada lagi ke tak...kat sini makanan arab jelah yang halal pon tapi aku rasa mahal lah harganya sebab tempat nie pon nampak mahalnya disitu..hihiihih
Sebelum nie kan aku ada cerita yang kami tak makan nasi dari pagi..Aku memang lapar sangat2 dah..jadi kami try google kot-kot ada masjid dekat2 situ..Alhamdulillah depan pintu masuk tu ada satu masjid besar..Kat Bangkok niekan kalau ada masjid maka ada lah banyak makanan halal di sekitarnya..Apa lagi 2 mangkuk wei aku bedal moi sup ikan..sedap pulak tu..siap bungkus bawa balik hotel lah...yelah satu nikmat yang aku rasa nikmatnya dapat makan nasi..yelah kat tempat sendri senang kan nak dapat makanan..nie kat tempat org..susah gak sebenarnya..Hatyai senang lagi nak cari makanan halal..kat sini mmg susahlah..tapi tue semua pengalaman kan..allhamdulilah aku dan suami dapat rasa pengalaman yang kami tak pernah terpikir sebelum ini  untuk merasakannya...
Nak balik dari sini kami pon tak tau jalan dan jauh mana lah tempat tu dengan hostel kami dok tu..Jadinya kami buat keputusan untuk naik GRAB jelah senang..Oh ya untuk guna grab kat Thailand ni korang tak payah risau..guna je akaun yang sama kita guna kat Malaysia..bila korang on kat sana automatik masuk Grab Thailand..tak payah ubah apa2 cuma ubah lokasi korang nak pi mana jelah..sama mcm kat Malaysialah..
Ha balik dari sini lah kami pon pi berendam kat kolam hostel tu..lepaskan penat seharian berjalankan...Balik bilik kemas barang-barang sebab esok dan nak blik Malaysia..Train pukul 2petang..
 






Esoknya beli barang makanan secukupnya sebab kami akan sampai Malaysia tengah hari keesokkanya..24 jam gak perjalanan kami dari Bangkok sampai ke depan pintu rumah..Lamakan..mana taknya menunggu komuter je dah 2 jam kat Padang Besar..tu yang boleh lama tu..
Keseluruhannya seronok sangat sbb pengalaman baru bagi aku..Aku rancang aku akan ke Bangkok lagi..aku nak pi tempat-tempat yang aku tak sempat pi..insya allah..moga cepat lah berlalu Covid-19...amin..