Assalamualaikum...
Lama sungguh nak update cter tentang trip kasih sayang aku ke Bangkok nie..sebelom ni aku dah tulis pengalaman aku naik train dari padang besar sampai lah ke Bangkok.Macam aku dah citer kat situ..Kalau korang baru baca blog aku ni dan nak cari cerita tentang train tu..cari je kat archive tu ada tulis trip kasih sayang ke Bangkok..
Okey kat sini aku nak cter lah kat korang kot satu hari nnt korang akan ke sana kan..Ini tempat pertama yang aku dengan hubby aku pi masa sampai ke bangkok..Kita org sampai pastu terus check in kat hostel,rehat kejap kat bilik bagi hilang mabuk keretapi tu kemudian kita org keluar.Yelah datang nak berjalan kan bukan datang nk tido kat bilik.Kami lebih banyak gunakan public transport LRT,MRT,Tutttt-Tuttt,Van,dan Grab.Bas je hampir nak naik tapi tak jadi..Tapi kan kalau pikir-pikir balik kalau lah naik bas lompat-lompat tu hari tu..mampusss sesat ntah mana2 atau kena jual je hahahah..menakutkan gak pikir balik.Apa taknya,org thailand ni ada gak tau yang tak tahu langsung cakap english.Kalau korang nak tau dia akan buat tak tau je kat korang walaupun korang dah cakap dengan dia face to face tanpa halangan langsung.Dia buat pekak je tau.Tapi ada gak bagusnya diaorg walaupun korang tanya dalam bahasa inggeris tapi dia blas dalam bahasa thailand dan korang boleh paham apa yang dia nak sampaikan..Yang nie aku kena masa nak naik MRT diaorg..
Kat sana pon macam kat malaysia ada dua LRT..Satu BTS(Bangkok Skytrain) satu lagi MRT (Bangkok Subway) ..Ada tempat yang korang nak pi korang kena tukar dari BTS ke MRT..alah lebih kurang macam korang naik LRT Putra pastu tukar naik LRT Star.
Untuk ke Chatuchak Market nie kena tukar dua train.Lama gak lah aku ngan hubby menung kat depan papan tanda stesyen -stesyen kat situ.Masa ni lah aku jumpa polis bantuan diaorg yang tak leh pon cakp english tapi bagusnya dia siap lukis lagi arah yang aku tanya.
Nak cerita stesyen mana nak naik dan tukar train tu sori lah ye aku dah tak igt lah..cter dah 3tahun aku lupa dah nama stesyennya..maaf ye..
Tapi korang jangan susah hati lah..semua tu leh cari kat google je..semua maklumat boleh dapat dan tepat.Korang jangan risau sampai sana korang takkan sesat lah..hihiihi.
| Ngantuk katanya..hihihihihi |
Ni suasana dalam BTS
Chactuchak Market ni besar kawasannya..macam -macam benda ada jual kat sana wei..bawa duit je..banyak2 hihihi mmg rambang mata lah..makanan pon ada jual gak tapi korang kena lah cari gerai yang jual makanan halal.
Ini antara suasana kat sana yang ada dalam simpanan aku...
Sakit gak kaki aku haritu sebab jalan banyak..hahaha..petang sebelum maghrib kami dah balik ke bilik dah.Penat gak untuk hari tu sebab jauh kan perjalanan.Balik rehat awal kumpul tenaga untuk esok.
Oh ya..aku nak share kat korang yang bertapa susahnya nak cari kedai makan halal kat area bangkok ni melainkan kalau kawasan tu dekat dengan masjid.Nak jadi cerita aku pi tanya kat budak yang keje 7eleven dekat ngan hostel kita org duduk tu,dia pon tak tau kat mana yang ada.Tapi alhamdulillah ada lah seorang akak ni,org islam dia lah yang bg tau kami ada satu kedai halal muslim kat kawasan tu.So aku ngan hubby aku pon pi lah cari kedai yang diakatakan berdasarkan maklumat tu.Maka kedai tu lah tempat kami bli makan sepanjang berada di sana.
Oklah ckup citer aku takat ni,korang kena pi sana rasai sendiri chactuchak market nie..mmg best..Yang lagi best untuk aku adalah aku pengemar buah mata kucing..kat sana buah tu banyak dan murah serta kualiti buah mata kucing tu gred AAA..takpernah lah aku jumpa kat Malaysia..
Oh ya kalau korang tengok ada gambar aku yang aku letak CORETAN TENTANG KITA dekat gambar tu adalah kerana gambar tu semua aku guna untuk buat assingment aku masa part 6 aritu..
Daaaa...jumpa lagi cter seterusnya nanti....









Kuala+Lumpur
0 comments:
Post a Comment