Assalamualaikum.. Hai semua...hari nie bersemangat nk cter nie..Mcm nie citernya...
8/6/2015 hingga 11/6/2015 kite dapat tawaran kursus kat INTAN WILAYAH UTARA(INTURA)..so dekat jelah dgn penang..tak jd masalah lah nak pergi sana..boleh bawa keta sendiri..tak payah lah naik bas..
Kite pergi dari hari ahad lagi 7/6/2015 sbb nak kena check in kat sana..So malam tue tak de lah
apa2 aktiviti sangat..Cuma masa mula2 dapat jadual kursus agak terkejut gak sbb mmg padat gile lah aktivitinya dan yang paling best rasa mcm pi perkhemahan zaman persekolahan..
Hari Pertama
Hari pertama bermula jam 8.30 pagi..Semua peserta ada 32 org..tak lah ramai sangat..
Pada mula nya mcm biasalah sesi mengenali antara satu sama lain dan memandangkan tak ramai sangat peserta so senang lah juga nk ingt nama masing2..
Kemudian kita org di bahagikan kepada kumpulan2 kecil..satu kumpulan 8 org 4lelaki 4 perempuan...
Nama kumpulan kite ialah L0LA
Aktiviti seterusnya kami kena buat menara menggunakan belon...Puas lah tiup belon..Markah di kira berdasarkan kumpulan mana yang paling tinggi menaranya...
Abis buat menara belon kitaorg di beri tali yang disimpul dan kami perlu membuka semua ikatan tanpa membuka hujung ikatan yang di ikat di jari masing2...so semua kena jujur dan yang paling penting kerja sama..Selain itu banyak gak aktiviti yang kita org kena buat..memang best lah..
Pada sebelah ptg masa aktiviti riadah..setiap kumpulan di beri 2buah lagu dah kitaorg kena pikirkan gerak tari..tapi kena ala-ala senaman...perghh..kumpulan kite dapat lagu GADIS DAN BUNGA dengan lagu BOLE CHUDIYAN alah lagu cter Khabi Khushi tue...Kan panjang lagu hidustan tu so susah lak gak nk pikir gerakkannya..hehehehehe
Hari Kedua
Sama seperti ari pertama..kita org strt pukul 8.30 pagi..tapi hari nie aktiviti luar dewan..Pagi- pagi lagi kitaorg dah bergerak ke iLEAD PARK tapi masih dlam kawasan INTURA juga...Kat sini banyak gak aktivitinya tapi separa lasak je lah..korang layan lah gambar kat bawah ye...

Kitaorg nie mmg kaki bergambar..asal nampak org nak snap semua senyum tak igt lah...

Lawan tarik tali bagi tegang tanpa jatuhkan badan masing-masing..
Nielah cikpuan intan..hehehe
Bergambar dulu sebelum mula aktiviti lain..



Aktivit sebelah petang masuk balik ke dalam dewan..petang nie kitaorg kena lawan pemburu,harimau dan perempuan..semua ahli kumpulan kena buat gaya yang di pilih...sekiranya kumpulan 1 pilih pemburu dan kumpulan 2 pilih harimau kumpulan permburu yang menang..tapi sekiranya kumpulan 2 pilih perempuan kumpulan pemburu kalah..sbb pemburu pasti takkan tembak perempuan kan...
Habis aktiviti pemburu harimau dan perempuan kitaorg di beri alatan untuk buat aktiviti yang di beri nama PIT STOP
Korang mesti tau kan pit stop tue apa..alah kalau korang tgk F1..kan ada kereta diaorg masuk tempt untuk tukar tayar dan isi minyak tu..hahhh tu lah pit stop..so kita org kena lawan lah kumpulan mana yang paling pantas kat pit stop...
 |
| Nie lah PIT STOP |
Nielah pemandu dan kereta lumba kumpulan kite...tggu untuk beraksi..
Nie suasana kat pit stoplah konon2nya..air penganti dengan minyak..sarung tangan dengan kaki di ganti baru seperti tukar tayar...
Yeaaaa kumpulan kite menang tau..kumpulan kita hanya catat masa 24 saat kat pit stop dan kumpulan kitaorg paling pantas buat masa nie sepanjang kursus nie di tawarkan dekat INTURA..cayalah...
Yang nie aktiviti sebelam malam iaittu seisi burung hantu..semua org mesti berpasangan dan salah sorang pasangan akan di ikat mata dengan kain hitam dan sorang lagi akan membawa kawannya yg dianggap buta tu ke satu garisan penamat...aktiviti nie agak menguji keberanian juga kerana di lepaskan secara berpasang pasangan..dah la gelap hanya berpandukan lampu di checkpoint je sebagai penanda arah..dengar kata ada gak yang sesat..hihihhihi..mmg best lah...
Hari Ketiga
Hari nie kitaorg akan buat aktiviti lasak..kita org akan kembara di dalam hutan..gua dan sungai..kitaorg bergerak dari intura pada jam 8.30pagi..tempat kembara kitaorg dekat Pengkalan Hulu Perak...Taklah jauh mana pon..Sampai sana kitaorg mmg tak bawa hp so harapkan gambar dari urus setia je..bkannya apa takut hp jatuh dalam sungai ke abis..laluan agak mencabar kerana dua kali kami kena mendaki bukit yang agak tggi..kite nie tak cukup stamina sgt apa lagi penatnya aii...smpai minta abg bomba tarik tgn naik bukit..hihihihiNie masa berkumpul sebelum di lepaskan ke dalam hutan...
Ini cabaran pertama kitaorg..turun guna kan tali dan menyusuri kayu2 pokok besar..mula2 agak takut gak tapi percaya pada diri..mesti boleh buat...
Sempat lagi PEACE....
Semua selamat turun..yeaaa..Ini gua yang pertama kita org dah tempuhinya..jalan dalam air sungai paras pinggang dan batu sangat banyak..bnyak kali gak tersalah pijak batu..nk jatuh lah jawabnya...tapi dapat member2 dalam kumpulan yang saling tolong menolong nie smua jadi senanglah... Ini persinggahan yang pertama..makan dulu untuk kumpul tenaga bagi fasa kedua nnt..yang katanya lagi mencabar..
Ok untuk fasa kedua kumpulan LOLA kena jalan dulu..Kitaorg di bekalkan sebatang lilin dan 3 batang colok..lilin kerana dalam gua sangat2 lah gelap dan colok tu digunakan untuk menghalau unggas2 kecil....Keaddan dlm gua mmg terlalu gelap..air sungai juga agak deras dan dalam..sehingga paras dada..bagi org yg rendah tapi kalau tinggi paras ats sikit perut je..hihihhihi..masa jalan nie mmg pegang tangan lah..gelap sgt takut terputus hubungan kang susah pula....Dalam gua mmg takde gambarlah sbb takut nnt kelawar atau haiwan lain terkejut dengan flash kamera kan..so kite boleh cter jelah suasana dalam gua dan korang cuba bayangkan jelah suasananya..kitaorg diarahkan untuk jalan di tgh2 tidak boleh menyusuri di bahagian tepi gua kerana takut ada penghuni-penghuni gua seperti ular..Nie dah keluar gua dah..berehat sambil main air..sjuk sangat2 airnya..segar badan selepas penat harungi gua..
Pendakian bukit seterusnya dan kitaorg jalan sampai lah ke tanah landai..Alhamdullilah..semua selamat balik...seronok sgt2..pengalaman yang tak leh di lupakan..oh ya lupa nk bg tau..pacat banyak gak tau..kenyang2 isap darah..sampai dia jatuh sendri sebab kitaorg masing2 tak sedar kehadiran dia..hehehehe..
Sebelah petang dalam pukul 6.30petang kita org berkumpul balik di i-LEAD PARK untuk aktiviti perkhemahan..wahhh best nie...kita orang kena masak sendri untuk makan malam tue..menunya ialah
- Sardin
- Ikan bakar
- Air Asam
- Telur Dadar
- Sup Ayam
Tukang masak terlatih..hehehehe
Hari Keempat
Hari nie hari terakhir kursus...kejap je rasa..tapi pagi nie kitaorg di beri tugasan untuk membuat jambatan menggunakan straw merentasi 4buah meja..masing2 bergabung tenaga dan buah fikiran untuk buat jambatan tue..yelah nk kena golekkan 4 biji bola golf..
Inilah kami sebagai satu pasukan...
Saat bola di golekkan...
Nielah gambar kitaorg sebelum balik dan berpisah...apa yang kite boleh bagi tau korang kursus nie mmg sgt2 best..so korang apply lah..tapi pastikan sebelum korang pi kursus nie..korang sihat tubuh badan sepenuhnya...kena ada kekuatan dan stamina..dan yang paling penting kena berfikiran terbuka....ok lah...cukup sampai di sini...coretan kali nie....wasalam...daaaaaaa