Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan Al-Mubarak 



Apa khabor korang hari ni..hari ni hari pertama puasa untuk tahun nie..Moga kita semua di kurniakan kesihatan yang baik utk menjalani ibadah puasa..aminnn..

Harini aku kena keje double shift Pagi &Petang..jadinya harini aku berbuka di tempat keje lah jawabnya..Biasalah nama pun keje kan..nak tak nak kena ikut gakkan..

Tahun-tahun sebelum covid19 datang kat belah belakang hospital ni ada je bazar ramadhan..mmg meriah lah..salah satu bazar yg meriah sekitar georgetown.Tapi tahun lepas kan PKP masa time puasa dan takde bazar ramadhan di seluruh malaysia,maka kurang lah sikit kemeriah di bulan ramadhan tu..

Tahun ni alhamdullilah kerajaan malaysia membenarkan operasi bazar ramadhan dengan syarat mengikut semua SOP yang di tetapkan..Jadinya mungkin petang satgi ramai yang akan mula berniaga kat belakang hospital ni seperti tahun-tahun terdahulu..Bukan apa ini memudahkan la staff-staff hospital pi beli makanan..tak ambil masa yang lama lah nk keluar kalau dekat je kan..

Setiap kali puasa aku akan amalkan minum susu campur dengan kurma masa sahur..aku ni ada gastrik jadi untuk elak gastrik tu menyerang aku amalkan susu dan kurma nie..alhamdulillah setakat aku dok amalkan tu takdelah kena serangan gastrik..Suami dan anak teruna sorang tu pon aku suruh minum susu campur kurma tu.
Puasa kali nie aku blender siap2 kurma masuk dlam bekas simpan dalam peti sjuk..so pagi2 ceduk je boh dalam cawan campur susu segar..senang..takpayah pagi2 nk blender lagi..Cuba lah korang amal kan..bagus nie..

Oklah takat nie dululah coretan aku kali nie..nnt kalau ada masa lagi aku tulis lagi..daaaa
 
 
"Aku menulis bukan kerana nama"

 
 
 

Aku,Vaksin Dan Kesan Sampingannya..

Assalamualaikum Semua...

 

Vaksin Oh Vaksin...

 

Hah tajuk pon besaq gedabak dah aku boh..hihihi..Apa kabar korang yang tengah gigih baca blog aku yang tak popular nie..yalah aku tulis blog bukan untuk popular pon..lagi pon aku rasa tak ramai dah kot zaman la org yang suka tulis blog nie..aku je yang suka tulis blog nie lagi..aku menulis pon untuk kongsi apa yg aku tau atau aku punya pengalaman yang mungkin berguna pada yang sudi membacanyalah...ok kita teruskan kepada tajuk asal aku iaitu Aku,Vaksin Dan Kesan Sampingannya.

Aku dah pun menerima kedua-dua suntikan vaksin yang disaran kan oleh KKM..allhamdulilah rezeki aku dapat yang fasa pertama sebab aku pon tergolong dalam barisan hadapan..yelah dalam skop keje aku mmg semestinya berurusan dengan org ramai sebab aku bekerja di kaunter pertanyaan.

Aku share kat korang lah yang belum cucuk lagi lah..pertama sekali korang kena lah register kat korang punya MY SEJAHTERA..itulah yang paling penting kan masa sekarang..Kalau korang xde lagi MY SEJAHTERA tu please lah..download dan register..tu dah macam IC kita dah..penting dah zaman sekarang..

Kalau dah baca blog aku ni confirmlah kan korang pasti ada hp yang ada internet..jd silalah ikut arahan kerajaan malaysia untuk guna my sejahtera tue..Nama pon dok malaysia,rakyat malaysia ikut jelah arahan kerajaan malaysia..benda baik lgi pun kan takde masalah rasanya kalau ikut kan...

Ok balik pada cerita aku,masa pertama kali cucuk aku takda kesan sampingan yang teruk kat aku cuma sakit tempt yang di cucuk je..tu pun 2 hari je lepas tu hilang begitu sahaja..Proses untuk dapat kan vaksin tu tak la lama mana pon masa turn aku pi..kami cucuk vaksin kat hospital..yelah dah staff hospital kan..mmg cucuk kat sini lah..

đź’“DOSE PERTAMAđź’“

Hari nak cucuk tu aku pon pi ikut tarikh yang di beri melalui MY SEJAHTERA..


Pergi kat tempat yang sepatutnya tu mula2 akan register dan isi borang.Dalam borang tu hanya kena isi maklumat yang mudah di fahami je..Pastikan korang pi nnt bawa pen ye..tak kisah warna hitam atau biru..IC pon bawa gak tau..

Masuk lagi satu bilik kat situ kena buka My sejahtera untuk scan tanda kehadiran korang..hah ni aku nak pesan dan tolong lah igt ye...SILA CAS HP TU BAGI BATERI PENUH..Ada gak yang mai bateri hp tinggal 10% je..weii...benda ni semua melambatkan proses tau..bukan sorang dua yang beratur nak cucuk..ramai..jd korang jgnlah jadi salah sorang yang akan melambatkan proses ye..ingat tu..

Ok..lepas dah register,masuk kat bilik suntikan..percayalah proses nak cucuk tu ambil masa kurang dari 5minit sahaja..aku pon macm tak percaya gak mula2..sangat cepat..hihihihi jarum yang cucuk ubt tu sangat lah kecik..kecik..jarum yang ambil darah kat klinik tu lagi besar dari yang nie..Masa cucuk ni aku tak rasa langsung jarum masuk,ubat masuk dan jarum keluar..

Lepas cucuk sekali lagi korang kena Scan bar code guna my sejahtera korang..Oh ya bukan sahaja bateri penting,DATA INTERNET pon penting ya..ingt tu..semua tu kena ada..takde tu mmg melambat kan proses lah..

Selepas di cucuk vaksin aku di rehatkan di satu bilik asing untuk tengok ada tak kesan sampingan awal..selesai dalam 20 minit gak di rehatkan kemudian korang akan dapat satu kad yang ada tulis maklumat korang dah ambil vaksin dose pertama.Sebelum balik MA kat dalam bilik tu akan ambil bacaan tekanan darah selepas cucuk..haaa kat sini tekanan darah aku agak tinggi..tapi aku takde lah rasa pening atau sakit kepala..MA tue kata kat aku itu normal sebab kesan dari vaksin yang masuk dalam badan...

Cuma kesan selepas tu aku mengantuk..balik mmg tido tak sedaq apa lah..kesan ni juga terjadi kat kawan2 aku yg cucuk sama ngan aku...


 


đź’•DOSE KEDUAđź’•

Masa dose kedua nie..haaaahhh...ada kesan sampingan dia...Untuk cucuk dose kedua nie pihak hospital lebih kan pemeriksaan tekanan darah.Mula register dah ambil sekali tekanan darah..lepas tu lalui step mcm dose pertama juga cuma selepas cucuk sekali lagi tekanan darah di ambil dan sebelum keluar dari bilik menunggu  selepas cucuk tu di ambil lagi tekanan darah.Kalau tekanan darah tinggi memang kena duduk dulu situ sampai tekanan darah turun atau stabil la..

Boleh tahan ramai masa dose kedua ni

Masa nie register dan ambil tekanan darah pertama


Tunggu untuk daftar kat My Sejahtera

Tunggu nama di panggil untuk di cucuk


Selesai...


 Untuk dose kedua nie ramai gak yang aku tgk ada kesan sampingannya tapi takde lah lagi yang teruk kesannya dikalangan kawan2 aku..antara kesan sampingan yang kami dapat

đź’—Sakit kepala

đź’— Demam 

đź’—Kesejukan satu badan

đź’—Sakit yang kuat dikawasan cucuk..untuk hari pertama dan kedua

đź’—Keletihan sistem badan hari pertama dan kedua

đź’—Berat badan naik sebab lapaq memanjang..hahaha ini aku dengan kwn2 aku ada rasa..

org lain aku tak pasti la..hahaha

Selepas hari ketiga alhamdulillah semua kesan ni hilang tapi kesan sampingan lapaq memanjang tu je tak hilang lagi..hihihi..

Jadi korang jangan lah takut untuk ambil vaksin nie..insya allah selamat semuanya..tentang mana berita kematian selepas cucuk vaksin tu aku rasa bukan vaksin penyebabnya..dah sampai masa dia pergi..kalau tak cucuk vaksin pun tetap pergi juga kan..semua tu dah tertulis..percaya pada aturan yang allah dah susun untuk kita..

Aku rasa itu jelah yang aku nk cter tentang pengalaman aku dan vaksin nie..semoga kita semua di lindunginya..amin..

 Oh ya sebelom aku habiskan cter aku ni,aku aritu kena buat swab test weii..sebab aku batuk dan selesema yang teruk..merasa gak la macam mana kena swab tu..azab tang amik dlm hidung tue..fuh..rasa mcm nak bersin tapi xboleh tu..

Allhamdulillah negatif

 Ok takat nie je lah kisah aku dan vaksin nie..satu aku nk pesan kat korang..make sure tdo awal tau mlm sebelum pi amik vaksin..rehat secukupnya,jangan takut sangat tau..hihihi..

Daaaa...