Assalamualaikum...
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Apa khabor korang hari ni..hari ni hari pertama puasa untuk tahun nie..Moga kita semua di kurniakan kesihatan yang baik utk menjalani ibadah puasa..aminnn..
Harini aku kena keje double shift Pagi &Petang..jadinya harini aku berbuka di tempat keje lah jawabnya..Biasalah nama pun keje kan..nak tak nak kena ikut gakkan..
Tahun-tahun sebelum covid19 datang kat belah belakang hospital ni ada je bazar ramadhan..mmg meriah lah..salah satu bazar yg meriah sekitar georgetown.Tapi tahun lepas kan PKP masa time puasa dan takde bazar ramadhan di seluruh malaysia,maka kurang lah sikit kemeriah di bulan ramadhan tu..
Tahun ni alhamdullilah kerajaan malaysia membenarkan operasi bazar ramadhan dengan syarat mengikut semua SOP yang di tetapkan..Jadinya mungkin petang satgi ramai yang akan mula berniaga kat belakang hospital ni seperti tahun-tahun terdahulu..Bukan apa ini memudahkan la staff-staff hospital pi beli makanan..tak ambil masa yang lama lah nk keluar kalau dekat je kan..
Setiap kali puasa aku akan amalkan minum susu campur dengan kurma masa sahur..aku ni ada gastrik jadi untuk elak gastrik tu menyerang aku amalkan susu dan kurma nie..alhamdulillah setakat aku dok amalkan tu takdelah kena serangan gastrik..Suami dan anak teruna sorang tu pon aku suruh minum susu campur kurma tu.
Puasa kali nie aku blender siap2 kurma masuk dlam bekas simpan dalam peti sjuk..so pagi2 ceduk je boh dalam cawan campur susu segar..senang..takpayah pagi2 nk blender lagi..Cuba lah korang amal kan..bagus nie..
Oklah takat nie dululah coretan aku kali nie..nnt kalau ada masa lagi aku tulis lagi..daaaa
"Aku menulis bukan kerana nama"

Kuala+Lumpur
0 comments:
Post a Comment