Assalamualaikum
Hai semua..apa kabar korang hari ni masa baca blog aku nie??harap-harap semua sihat lah hendaknya ye..Ok..harini aku nak kongsi dengan korang tentang ujian allah yang allah bagi kat suami aku dan aku serta orang sekeliling aku..Aku tahu dan aku selalu ingtkan diri aku dan suami aku..allah swt turun kan ujian ni kat aku dan suami sebab dia tau kami boleh tabah sabar ujian darinya..walaupun ujian allah bg ni aku rasa ada org lain lagi berat ujian yang allah bg untuk depa berbanding yang kami hadapi nie..
Untuk pertama sekali aku akan share gambar-gambar yang agak ngerilah lah juga ye..harap korang jgn lah trauma nk meneruskan bacaan korang sampai ke akhir penulisan aku kali ni..dan aku tulis ni bukan lah untuk menyalah kan mana -mana pihak tapi sekadar perkongsian pengalaman aku dan suami..
Segalanya bermula tahun 2020 dan semua ni hampir setahun dah kejadian nie..Bulan April 2020..Suami aku kena potong 3 jari di kaki kanan dia..Bermula dengan jari paling kecik sampai lah jari tengah..Ramai yang akan pikir sbb kencing maniskan..ya dia mmg ada kencing manis tapi tak teruk pon..punca sebenarnya ialah beberapa bulan sebelum tu dia ada terpijak sesuatu dan luka di bawak tapak kaki berhampiran jari kecik..
Tak pasti apa benda yang di pijaknya sbb masa tu kitaorg pergi mandi laut..asalnya tak darah teruk pun dan hanya luka kecil saja..dia igt luka biasa dan akan baik pada beberapa hari tapi sebaliknya..luka tak kering dari hari ke hari sampai satu tahap kuar nanah..luka tu sangat kecik dan tak sangkalah sampai jdi mcm tu..
Kaki mula mebengkak..dan suami aku mula demam..Masa nie dah masuk PKP fasa 1..Aku bawa dia mai hospital bahagian pesakit luar..bila doktor tengok kaki dah bengkak teruk dia refer pi klinik ortho..X-ray dan pakar kat klinik ortho tgk terus kata nanah dah berkumpul di belah atas kaki..
Terus admit wad dan kena operate segera..Doktor cakap kaki mungkin kena potong kalau nanah tu makin merebak..korang boleh bayang tak macam mana perasaan suami aku dengan aku masa tu..risau sgt2 dah masa tu..
![]() |
| Nampak muka menahan sakit tu |
![]() |
| Nie keadaan kaki yang bengkak |
Aku sentiasa ada dengan dia untuk sama-sama kuat hadapi ujian nie..masa nie aku semester akhir,kelas pon online je sbb PKP,jadi semua agak buat aku satu kejutan..Alhamdulillah aku pon keje kat hospital ni dan office aku pon dekat dengan wad yang suami aku admit..jadinya aku boleh lah lari-lari kejap utuk tengok dia tolong apa yang patut..
Kami admit wad tengah hari dan operation malam pukul 11malam..aku memang tak balik rumah dah masa tu..lepak kat office sementara tunggu operation selesai..Masa nie adik-adik aku ada kat rumah aku sebab diaorg terkandas takleh nak balik rumah sbb pkp..jadi diaorg yang banyak tolong aku masak,kemas rumah dan lain-lain lagi..tq ye acik dan adik..syg hampa...
Pukul 2pagi operation selesai dan aku pon naik kat wad untuk tengok keadaan encik suami..alhamdullilah semua berjalan lancar cuma aku tak dpt tengok lagi sbb kaki berbalut..aku tido kat wad malam tue dan malam2 seterusnya sampai suami aku boleh balik...
![]() |
| sebelum masuk OT kita snap gambar satu |
![]() |
| Lepas operation |
Selepas kaki nie di operate..semua pergerakan hanya guna kerusi roda dan memerlukan org untuk tolong naik turun katil,ke tandas,dan mandi..untuk bagun berdiri..takkan boleh untuk berdiri sendri sebab korang tgk gambar seterusnya dan seterusnya nnt..
![]() |
| Cuci luka |
Nielah keadaan kaki encik suami untuk pembedahan yang pertama..Doktor ada cakap mungkin jari kecik tu akan hitam dan mati sbb banyak urat dah kena potong..Aku dan suami terima dengan hati yang terbuka..redha..Masa ni agak lama di wad..aku pon memang tido dekat wad atas kerusi malas je..aku balik rumah untuk mandi tukar baju sahaja..kehidupan aku masa tu bertukar 360..tapi aku seronok dapat jaga dia sampai lah keluar wad..aku memang tak nak kacau nurse-nurse kat wad sebab aku rasa depa pon tak cukup kaki dan tangan nak layan semua pesakit..aku rasa memang patut kena ada yang boleh jaga pesakit yang takleh bangun sendiri nie..
ok aku stop kat sini dulu..sok aku sambung lagi..suami aku masuk bilik operation 4 kali,termasuk minor opeartion..jadi panjang lagi ceritanya kan..
daaa...(mata dah ngantuk..)










Kuala+Lumpur
0 comments:
Post a Comment